Kuasa Blog Komen

Apa yang saya maksudkan komen unik dan berbeza ini, cuba anda buat pembaca dan penulis blog berfikir dengan komen anda.

Bounce Rate

Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page.

Imej-Mesra Pembaca

"A picture is worth a thousand word"

Adab Blogging

Adab bukanlah hanya penting dalam kehidupan seharian malah semasa berblogging juga.

Hakikat Seorang Blogger Baru

Tanpa plan tindakan dan kategori niche blog yang sesuai dengan diri, akhirnya blog yang siap dibina dibiarkan bersarang.

Showing posts with label Blogging. Show all posts
Showing posts with label Blogging. Show all posts

Monday, 26 December 2011

Kuasa Blog Komen

Feel and think by miaboas


Hari ini dah seminggu blog ini berada di arena blogging malaysia, hakikatnya bukan mudah nak jadi seorang blogger yang aktif. Perlukan fokus yang berterusan dan tidak mudah putus asa. Terima kasih kerana ada yang sudi menjadi follower blog ini. Kalau ada rezeki boleh tukar domain sendiri tahun hadapan. InsyaAllah


Saya tertarik dengan satu artikel bertajuk "Bagaimana Anda Meninggalkan Blog Komen" di blog multees.com. Bila saya baca artikel tersebut memang tidak dinafikan terdapat pelbagai kategori komen. Dari gaya bahasa dan susunan kata, kita dapat menilai karaktor pembaca. Dalam usaha untuk mencari traffik, pelbagai tips dan panduan yang kita belajar dari blogger yang sudah berjaya seperti:-


*SEO
*Media Sosial
*Blog Komen
*Pengiklanan
*Menjemput Tetamu untuk menulis di blog


Setiap tindakan diatas adalah cara yang berhemah untuk menjana traffik ke blog anda. Tapi Awas jangan kita jadi Blogger Traffik Hunter yang dikelaskan sebagai blogger gila traffik . Pada saya cara itu tidak ada moral dan etika walaupun tidak salah menggunakannya. Adab berblogging harus diutamakan. Jom kita ke tajuk asal entri ini.




Kuasa Blog Komen
Mengulas di blog adalah satu kaedah yang digunakan untuk menarik pembaca dan membuktikan anda mempunyai nilai seni mengkritik. Pada asasnya ini adalah satu teknik yang pada saya dapat membantu mempromosikan diri tanpa spamming dan menganggu orang lain.


Seni Mengkritik-Menulis Komen Yang Berkualiti
Adakah anda mempunyai seni mengkritik? Komen jenis ini mempunyai unsur seni dan penghayatan yang detail terhadap sesuatu artikel. Bahasa yang digunakan bukan sahaja mengucap "hello" atau "terima kasih" tetapi memberi maklumbalas yang positif atau negatif terhadap artikel yang kita siarkan. Berikan komen unik dan berbeza dari situ anda dapat menarik perhatian pembaca dan penulis blog. Komen seperti "Nice artikel", "Kerja yang baik" dan dsb tidak membawa anda kemana-mana kerana komen ini sudah biasa. Apa yang saya maksudkan komen unik dan berbeza ini, cuba anda buat pembaca dan penulis blog berfikir dengan komen anda.


Mencari Pembaca Blog- Apa Niche Blog Anda?
Cuba anda search google blog yang sama dengan niche blog anda kerana pembaca pontensi anda adalah blog-blog yang sama bidang dengan anda. Sebagai contoh, tidak ada sebab kenapa anda ke blog "sukan" jika anda mencari pembaca yang berminat pada "masakan". Walaupun bukan mustahil untuk mendapat pembaca(jumlah pembaca tidak banyak).


Kuasa Blog Komen- Jangan Meletakkan Nama Blog Anda sebagai Nama Anda
Perkara ini memang saya tidak nafikan sebelum ini pernah saya gunakan.Setelah membaca tips dari  blogger luar negara yang telah berjaya, mereka tidak berselindung di sebalik nama blog. Kalau kita lihat banyak nama pengomen seperti ini digunakan oleh mereka yang membuat promosi affiliate di blog-blog. Apabila anda menggunakan nama blog anda dan bukan nama anda , nampak seperti terlalu peribadi, kredibiliti anda akan kurang. Nama samaran juga sesuai digunakan.


Ini hanya sekadar perkongsian saya mengenai kuasa blog komen. Apa komen anda?


Related Post:-
Hakikat Seorang Blogger Baru
Adab Blogging
Imej-Mesra Pembaca
Bounce Rate

Friday, 23 December 2011

Bounce Rate

by hart-worx


kesibukan beberapa hari yang lepas sukar untuk saya membaca artikel-artikel di blog. Hari ni memang free,dapat juga saya singgah di beberapa blog baru dan lama untuk membaca artikel yang menarik ..terjumpa satu topik di blog Denaihati yang saya rasa menarik dan sangat penting. Walaupun topik ni dah lama, mungkin ada yang masih belum tahu atau tak ambil berat pasal benda ni. Saya kongsi di sini, mari kita kenali apa itu bounce rate?

Apa itu Bounce Rate?
Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page. Use this metric to measure visit quality – a high bounce rate generally indicates that site entrance pages aren’t relevant to your visitors. The more compelling your landing pages, the more visitors will stay on your site and convert. You can minimize bounce rates by tailoring landing pages to each keyword and ad that you run. Landing pages should provide the information and services that were promised in the ad copy.sumber dari google  

Bounce rate adalah matriks yang sangat penting untuk pemilik laman web atau blog. Pada asasnya bounce rate dapat memberitahu anda berapakah peratusan pelawat yang masuk ke blog (hanya sekadar melawat satu halaman atau meneroka ke laman yang lain).


Kalau mengikut kata Avinash Kaushik pakar google analytics, sebenarnya agak sukar untuk mendapat bounce rate bawah 20%. Jika blog anda mendapat bounce rate pada kadar 30% itu yang terbaik dan paling membimbangkan jika bounce rate anda melebihi 50% bermakna blog anda mempunyai masalah. Di blog penulis blog dot com kadar peratusan bounce rate masih lagi bawah 50% selepas seminggu. Ada beberapa sebab juga kenapa bounce rate boleh berlaku;-


*Pelawat menekan "back" pada browser
*Pelawat menutup browser mereka
*Pelawat menekan salah satu iklan anda
*Pelawat menekan salah satu pautan luaran anda
*Pelawat menggunakan kotak carian pada browser
*Pelawat menaip URL baru pada browser mereka


Semua tindakan diatas, pelawat meninggalkan blog anda menyebabkan bounce rate. Dengan syarat pelawat melakukan apa-apa sahaja tindakan sejurus tiba dilaman blog anda tanpa meneroka artikel yang lain dikira bounce rate.


"Bounce rate= pelawat meninggalkan blog selepas satu halaman/kunjungan pelawat"


Jelas sekali semakin rendah bounce rate anda adalah lebih baik kerana pelawat yang datang pasti akan meneroka lebih jauh di laman blog anda. Bagaimana nak tahu bounce rate di blog anda? Anda boleh ke Google Analytics.






Related post
Imej-Mesra Pembaca
Adab Blogging

Imej-Mesra Pembaca

joy of reading by estelar


Memaparkan gambar dan imej yang menarik pada post artikel kita memberi kelebihan untuk pembaca meneroka lebih jauh atau mudah untuk mereka ingati. Ini kaedah yang saya pelajari dan pratikkan.Ada pepatah dalam bahasa english yang pernah kita dengar:-
                        "A picture is worth a thousand word"

Mengapa perlu menggunakan gambar dalam post
Peranan gambar dan imej dapat membantu sebuah artikel itu menjadi lebih menarik, tapi apa yang lebih penting ia dapat memberi maksud kandungan artikel yang lebih berkesan kepada pembaca kita. Kadang kala pembaca sukar untuk mendapat gambaran berkaitan artikel jika hanya dengan berpandukan pada teks sahaja. Imej yang berkaitan dengan post berkesan menyampaikan maksud kandungan artikel.

Membaca terlalu lama di skrin tidaklah begitu selesa, Mata kita akan mudah keletihan.. Beberapa keping gambar menarik diselitkan dapat merehatkan mata pembaca dan artikel anda lebih mesra pembaca. Saya pasti terdapat banyak lagi sebab penggunaan gambar dan imej. Apa yang saya kongsikan ini adalah salah satu sebab mengapa perlunya Imej dan gambar.


Tempat Yang Terbaik Untuk Meletakkan Gambar
Tempat yang terbaik untuk meletakkan imej adalah di permulaan artikel selepas tajuk Kerana kita mahu menarik perhatian pembaca pada pandangan pertama. Terserah kepada penulis sendiri untuk memaparkan lebih dari sekeping imej asalkan ia diletakkan berselang seli dengan point-point didalam artikel tetapi jangan menggunakan banyak gambar untuk artikel yang pendek. Tambahan Imej seharusnya menjadi mudah untuk pembaca memahami artikel bukannya sukar. Jumlah bilangan imej ditentukan oleh anda sendiri bergantung kepada reka bentuk blog, panjang blog, kandungan artikel anda dan dsb.




Tuesday, 20 December 2011

Adab Blogging



Sebagai seorang rakyat malaysia, kita dikenali kaya dengan adab sopan dan santun. Adab bukanlah hanya penting dalam kehidupan seharian malah semasa berblogging juga. Kaedah ini yang saya pelajari dan saya gembira jika dapat berkongsi dengan anda.


Membuat pautan atau kredit
Jika anda mengambil kandungan artikel dari seseorang untuk dimasukkan ke dalam blog anda, jangan lupa untuk membuat pautan atau meletakkan nama. Ini adalah sebagai tanda anda menghargai artikel penulis dan bukan niat anda untuk mencuri. 




Membalas Komen
Bertindak balas komen yang diberikan pembaca di blog anda. Saya menggemari seorang blogger memberi respon terhadap komen yang saya berikan. Saya dapat lihat, ada segelintir blogger langsung tidak mengendahkan komen-komen dari blogger baru. Apapun itu adalah hak anda. 









Memberi komen
Memberi komen berbentuk pengiklan atau spam untuk mencari backlinks adalah perbuatan yang tak beradab. Beri komen berkaitan tajuk artikel secara jujur itu lebih baik kerana komen yang diberikan menunjukkan karaktor diri anda.




Merendah Diri
Kita diajar dalam agama sentiasa merendah diri dan jangan takbur atau sombong. Walaupun blog kita sudah popular atau ramai followers adab ini jangan kita lupa. Saya amat menghormati blogger yang bersikap rendah diri.


Ada tips yang saya tertinggal berkaitan dengan tajuk diatas?
boleh kongsikan dengan saya.
Adab Blogging-Apa Komen anda?


Related Post:-
hakikat seorang blogger baru
Blogging- Kemahuan atau Keperluan