saya seorang blogger baru,
Mencari Identiti-
Melihat dari kejayaan demi kajayaan yang dihasilkan oleh pro blogger sudah pasti diri ini hendak mengecapi kejayaan yang sama. Tapi bagaimana? Ada ke pro blogger sudi berkongsi rahsia kejayaan dengan percuma ? Apakah identiti yang perlu ada untuk berjaya dalam dunia blogging? atau perlukah kita meniru identiti pro blogger yang sudah berjaya? Ini mungkin diantara soalan yang bermain di kotak fikiran kita. Tanpa plan tindakan dan kategori niche blog yang sesuai dengan diri, akhirnya blog yang siap dibina dibiarkan bersarang. Itu hakikat seorang blogger baru jika masih belum menjumpai identiti diri dalam penulisan.
Adakah seorang penulis yang baik memerlukan bakat sahaja atau hanya kemahiran menulis? dapatkah seorang penulis menghasilkan penulisan yang baik jika tiada bakat atau tiada kemahiran menulis?sebenarnya kedua-duanya saling berkaitan, jika kurang salah satu. Artikel yang dihasilkan akan nampak banyak kelemahannya. Yang pasti bakat seseorang penulis boleh diasah dan kemahiran menulis boleh dilatih jika ada usaha dan kemahuan. Hakikatnya masih ada ruang untuk blogger baru menapak lama di arena blogging jika mempunyai minat yang mendalam dan tidak mudah putus asa.
Hakikat sebenarnya-
Wujudnya blogger baru mewarnai lagi dunia blogging, ada yang minat kepada penulisan,ada hanya suka-suka, ada yang mahu tambah pendapatan ,untuk perniagaan dan dsb. Membina sebuah blog tidaklah sesusah mana cuma memerlukan sedikit kreativiti supaya blog itu kelihatan menarik. Tidak cukup dengan itu, penulisan yang baik adalah kunci utama kejayaan sebuah blog. hakikatnya tidak mudah yang dibayangkan oleh seorang blogger baru untuk berjaya dengan sekelip mata jika tiada usaha dan fokus berterusan.
Apa komen anda?
0 comments:
Post a Comment