Monday, 26 December 2011

Kuasa Blog Komen

Feel and think by miaboas


Hari ini dah seminggu blog ini berada di arena blogging malaysia, hakikatnya bukan mudah nak jadi seorang blogger yang aktif. Perlukan fokus yang berterusan dan tidak mudah putus asa. Terima kasih kerana ada yang sudi menjadi follower blog ini. Kalau ada rezeki boleh tukar domain sendiri tahun hadapan. InsyaAllah


Saya tertarik dengan satu artikel bertajuk "Bagaimana Anda Meninggalkan Blog Komen" di blog multees.com. Bila saya baca artikel tersebut memang tidak dinafikan terdapat pelbagai kategori komen. Dari gaya bahasa dan susunan kata, kita dapat menilai karaktor pembaca. Dalam usaha untuk mencari traffik, pelbagai tips dan panduan yang kita belajar dari blogger yang sudah berjaya seperti:-


*SEO
*Media Sosial
*Blog Komen
*Pengiklanan
*Menjemput Tetamu untuk menulis di blog


Setiap tindakan diatas adalah cara yang berhemah untuk menjana traffik ke blog anda. Tapi Awas jangan kita jadi Blogger Traffik Hunter yang dikelaskan sebagai blogger gila traffik . Pada saya cara itu tidak ada moral dan etika walaupun tidak salah menggunakannya. Adab berblogging harus diutamakan. Jom kita ke tajuk asal entri ini.




Kuasa Blog Komen
Mengulas di blog adalah satu kaedah yang digunakan untuk menarik pembaca dan membuktikan anda mempunyai nilai seni mengkritik. Pada asasnya ini adalah satu teknik yang pada saya dapat membantu mempromosikan diri tanpa spamming dan menganggu orang lain.


Seni Mengkritik-Menulis Komen Yang Berkualiti
Adakah anda mempunyai seni mengkritik? Komen jenis ini mempunyai unsur seni dan penghayatan yang detail terhadap sesuatu artikel. Bahasa yang digunakan bukan sahaja mengucap "hello" atau "terima kasih" tetapi memberi maklumbalas yang positif atau negatif terhadap artikel yang kita siarkan. Berikan komen unik dan berbeza dari situ anda dapat menarik perhatian pembaca dan penulis blog. Komen seperti "Nice artikel", "Kerja yang baik" dan dsb tidak membawa anda kemana-mana kerana komen ini sudah biasa. Apa yang saya maksudkan komen unik dan berbeza ini, cuba anda buat pembaca dan penulis blog berfikir dengan komen anda.


Mencari Pembaca Blog- Apa Niche Blog Anda?
Cuba anda search google blog yang sama dengan niche blog anda kerana pembaca pontensi anda adalah blog-blog yang sama bidang dengan anda. Sebagai contoh, tidak ada sebab kenapa anda ke blog "sukan" jika anda mencari pembaca yang berminat pada "masakan". Walaupun bukan mustahil untuk mendapat pembaca(jumlah pembaca tidak banyak).


Kuasa Blog Komen- Jangan Meletakkan Nama Blog Anda sebagai Nama Anda
Perkara ini memang saya tidak nafikan sebelum ini pernah saya gunakan.Setelah membaca tips dari  blogger luar negara yang telah berjaya, mereka tidak berselindung di sebalik nama blog. Kalau kita lihat banyak nama pengomen seperti ini digunakan oleh mereka yang membuat promosi affiliate di blog-blog. Apabila anda menggunakan nama blog anda dan bukan nama anda , nampak seperti terlalu peribadi, kredibiliti anda akan kurang. Nama samaran juga sesuai digunakan.


Ini hanya sekadar perkongsian saya mengenai kuasa blog komen. Apa komen anda?


Related Post:-
Hakikat Seorang Blogger Baru
Adab Blogging
Imej-Mesra Pembaca
Bounce Rate

2 comments:

Salam..
Jadi awk adalah seorang blogger baru?
Ok smoga terus menghasilkan karya2 berkualiti dan asli
Sy juga masih baru. (baru start pada tahun ini)

Ya, sy memang stuju dgn artikel ni berkaitan dgn peninggalan komen yg baik. Multess ? hehehe sy kenal blogger tu. Dia mmg power dalam menulis. Sangat tertib dgn penggunaan Bahasa Malaysia.

Sy dari nizamghazi.com (tpi guna account blogspot)
ruangan komen awk tak ada pilihan utk Name/URL
Better sediakan sbb byk blogger dtg dari self host mcm sy.
Nnti dorang susah nk dtg komen ;)

wsalam.
yup. seorang blogger baru juga :).Blog ni yang paling latest sekali. Sebelum ini saya ada beberapa blog dengan niche yang berbeza. Sy memang minat dengan penulisan di blog Multess. Betul kata saudara penggunaan bahasa Malaysia dia sgt tertib. Semoga sy boleh capai ke arah itu satu hari nanti.

Baru perasan tiada Name/Url di ruangan komen, terima kasih mengingatkan saya dan terima kasih sekali lagi kerana sudi singgah disini.:)

Post a Comment