by hart-worx |
kesibukan beberapa hari yang lepas sukar untuk saya membaca artikel-artikel di blog. Hari ni memang free,dapat juga saya singgah di beberapa blog baru dan lama untuk membaca artikel yang menarik ..terjumpa satu topik di blog Denaihati yang saya rasa menarik dan sangat penting. Walaupun topik ni dah lama, mungkin ada yang masih belum tahu atau tak ambil berat pasal benda ni. Saya kongsi di sini, mari kita kenali apa itu bounce rate?
Apa itu Bounce Rate?
Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page. Use this metric to measure visit quality – a high bounce rate generally indicates that site entrance pages aren’t relevant to your visitors. The more compelling your landing pages, the more visitors will stay on your site and convert. You can minimize bounce rates by tailoring landing pages to each keyword and ad that you run. Landing pages should provide the information and services that were promised in the ad copy.sumber dari google
Bounce rate adalah matriks yang sangat penting untuk pemilik laman web atau blog. Pada asasnya bounce rate dapat memberitahu anda berapakah peratusan pelawat yang masuk ke blog (hanya sekadar melawat satu halaman atau meneroka ke laman yang lain).
Kalau mengikut kata Avinash Kaushik pakar google analytics, sebenarnya agak sukar untuk mendapat bounce rate bawah 20%. Jika blog anda mendapat bounce rate pada kadar 30% itu yang terbaik dan paling membimbangkan jika bounce rate anda melebihi 50% bermakna blog anda mempunyai masalah. Di blog penulis blog dot com kadar peratusan bounce rate masih lagi bawah 50% selepas seminggu. Ada beberapa sebab juga kenapa bounce rate boleh berlaku;-
*Pelawat menekan "back" pada browser
*Pelawat menutup browser mereka
*Pelawat menekan salah satu iklan anda
*Pelawat menekan salah satu pautan luaran anda
*Pelawat menggunakan kotak carian pada browser
*Pelawat menaip URL baru pada browser mereka
Semua tindakan diatas, pelawat meninggalkan blog anda menyebabkan bounce rate. Dengan syarat pelawat melakukan apa-apa sahaja tindakan sejurus tiba dilaman blog anda tanpa meneroka artikel yang lain dikira bounce rate.
"Bounce rate= pelawat meninggalkan blog selepas satu halaman/kunjungan pelawat"
Jelas sekali semakin rendah bounce rate anda adalah lebih baik kerana pelawat yang datang pasti akan meneroka lebih jauh di laman blog anda. Bagaimana nak tahu bounce rate di blog anda? Anda boleh ke Google Analytics.
Related post
Imej-Mesra Pembaca
Adab Blogging
0 comments:
Post a Comment