Membuat pautan atau kredit
Jika anda mengambil kandungan artikel dari seseorang untuk dimasukkan ke dalam blog anda, jangan lupa untuk membuat pautan atau meletakkan nama. Ini adalah sebagai tanda anda menghargai artikel penulis dan bukan niat anda untuk mencuri.
Membalas Komen
Bertindak balas komen yang diberikan pembaca di blog anda. Saya menggemari seorang blogger memberi respon terhadap komen yang saya berikan. Saya dapat lihat, ada segelintir blogger langsung tidak mengendahkan komen-komen dari blogger baru. Apapun itu adalah hak anda.
Memberi komen
Memberi komen berbentuk pengiklan atau spam untuk mencari backlinks adalah perbuatan yang tak beradab. Beri komen berkaitan tajuk artikel secara jujur itu lebih baik kerana komen yang diberikan menunjukkan karaktor diri anda.
Merendah Diri
Kita diajar dalam agama sentiasa merendah diri dan jangan takbur atau sombong. Walaupun blog kita sudah popular atau ramai followers adab ini jangan kita lupa. Saya amat menghormati blogger yang bersikap rendah diri.
Ada tips yang saya tertinggal berkaitan dengan tajuk diatas?
boleh kongsikan dengan saya.
Adab Blogging-Apa Komen anda?
Related Post:-
hakikat seorang blogger baru
Blogging- Kemahuan atau Keperluan
2 comments:
Yeah. Ini akan mmbuatkan penulis asl berasa terharu dan tidak dianiaya ehehe
betul tuh. rasanya tak salah amik kandungan artikel untuk dikongsi kepada pembaca blog kita , yang penting buat pautan kepada penulis asl. :) terima kasih kerana sudi singgah disini.
Post a Comment