Thursday 29 December 2011

Wanita-Persiapan Diri Untuk Komited Dalam Percintaan


there is love by fogke





Pada masa kini bukan hanya lelaki yang sukar untuk berkomitmen, Golongan wanita juga masih banyak tidak mahu ada komitmen. Terdapat pelbagai alasan disebalik tidak serius seorang wanita diantaranya masih mengejar kerjaya, tidak yakin dengan kekasih atau trauma masa lalu.

Perlu diingat tidak selamanya wanita boleh mengelak berkomitmen.Jika pada waktu ini dalam umur yang matang dan sudah mempunyai teman lelaki. Berusahalah untuk menjalinkan hubungan yang komited dengan teman lelaki anda. Ikuti tips ini agar anda bersedia dan yakin untuk berkomitmen.


Tetapkan Hati
Sebelum anda berbincang untuk berkomitmen, tetapkanlah hati.Yakinlah dengan diri anda, yang si dia bersama dengan anda pada waktu ini merupakan lelaki terbaik buat anda.


Berbincang dengan teman lelaki
Cari jalan bagaimana untuk mengetahui perasaan pasangan. Pastikan dia juga mahu menjalinkan hubungan ke arah yang lebih serius. Jika si dia sudah bersedia untuk ada komitmen, Maka anda akan lebih yakin dengan keputusan anda.


Cari Punca Anda Mengelak Komitmen
Mengelak komitmen biasanya takut akan kehilangan kebebasan dan takut tidak dapat mempertahankan hubungan. Semua ketakutkan yang anda alami, segeralah berbincang bersama si dia dengan pemikiran yang rasional.


Buang Kenangan Pahit
Semua orang pernah terluka dan kita semua takut benda yang sama akan berulang. Namun, jangan jadikan kenangan pahit masa lalu menjadi penghalang kebahagiaan anda di masa hadapan. Ingat , anda tidak boleh mengubah kenangan lalu tapi anda boleh berusaha membuat perubahan positif pada masa hadapan.


Jangan Cepat Tergoda
Apabila anda sudah memutuskan untuk serius dalam perhubungan , jangan cepat tergoda dengan lelaki-lelaki lain di luar sana. Sebaik-baiknya jika anda mempunyai akaun laman online dating, padamkan semuanya dan nama-nama lelaki yang sering berhubung dengan anda.


Setia
Mungkin selama ini anda ada berhubung dengan lelaki lain di belakang teman lelaki. Jika anda sudah membuat keputusan untuk berkomitmen, pada waktu itu tanamkan sikap setia.

1 comments:

Post a Comment