Friday, 23 December 2011

Imej-Mesra Pembaca

joy of reading by estelar


Memaparkan gambar dan imej yang menarik pada post artikel kita memberi kelebihan untuk pembaca meneroka lebih jauh atau mudah untuk mereka ingati. Ini kaedah yang saya pelajari dan pratikkan.Ada pepatah dalam bahasa english yang pernah kita dengar:-
                        "A picture is worth a thousand word"

Mengapa perlu menggunakan gambar dalam post
Peranan gambar dan imej dapat membantu sebuah artikel itu menjadi lebih menarik, tapi apa yang lebih penting ia dapat memberi maksud kandungan artikel yang lebih berkesan kepada pembaca kita. Kadang kala pembaca sukar untuk mendapat gambaran berkaitan artikel jika hanya dengan berpandukan pada teks sahaja. Imej yang berkaitan dengan post berkesan menyampaikan maksud kandungan artikel.

Membaca terlalu lama di skrin tidaklah begitu selesa, Mata kita akan mudah keletihan.. Beberapa keping gambar menarik diselitkan dapat merehatkan mata pembaca dan artikel anda lebih mesra pembaca. Saya pasti terdapat banyak lagi sebab penggunaan gambar dan imej. Apa yang saya kongsikan ini adalah salah satu sebab mengapa perlunya Imej dan gambar.


Tempat Yang Terbaik Untuk Meletakkan Gambar
Tempat yang terbaik untuk meletakkan imej adalah di permulaan artikel selepas tajuk Kerana kita mahu menarik perhatian pembaca pada pandangan pertama. Terserah kepada penulis sendiri untuk memaparkan lebih dari sekeping imej asalkan ia diletakkan berselang seli dengan point-point didalam artikel tetapi jangan menggunakan banyak gambar untuk artikel yang pendek. Tambahan Imej seharusnya menjadi mudah untuk pembaca memahami artikel bukannya sukar. Jumlah bilangan imej ditentukan oleh anda sendiri bergantung kepada reka bentuk blog, panjang blog, kandungan artikel anda dan dsb.




2 comments:

so far, takde lagi post takde gambo...wlu camana pun msti letak gambo...heheh

faktor utama masih lagi headline.. imej sebagai backup untuk memikat pembaca, insyaAllah peratusan bounce rate dapat dikurangkan..terima kasih mamanoriz kerana singgah disini.

Post a Comment