Kuasa Blog Komen

Apa yang saya maksudkan komen unik dan berbeza ini, cuba anda buat pembaca dan penulis blog berfikir dengan komen anda.

Bounce Rate

Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page.

Imej-Mesra Pembaca

"A picture is worth a thousand word"

Adab Blogging

Adab bukanlah hanya penting dalam kehidupan seharian malah semasa berblogging juga.

Hakikat Seorang Blogger Baru

Tanpa plan tindakan dan kategori niche blog yang sesuai dengan diri, akhirnya blog yang siap dibina dibiarkan bersarang.

Friday, 30 December 2011

Ciri-Ciri Wanita Jatuh Cinta Kepada Lelaki

woman in love by marusska


Adakah kita tahu ciri-ciri wanita jatuh cinta kepada kita? Mungkin kebanyakkan kita masih tidak mengetahui ciri-ciri wanita yang berada berdekatan jatuh cinta kepada kita. Kita sebagai lelaki harus memahami bagaimana ciri-ciri wanita yang cinta akan kita. Tanda-tanda tersebut sebenarnya banyak tapi anda boleh pelajari yang penting dahulu dan kemungkinan kita dapat lihat pada ketika ini.

Sebelum itu kita perlu mengetahui sifat wanita dan lelaki dalam percintaan yang kebanyakkan sifat ini ada pada diri anda.Fahami betul-betul sikap wanita, baru kita akan tahu apakah wanita itu cinta kepada kita.
sifat wanita ini memiliki kecenderungan untuk saling sayang menyayangi, sukakan perhatian, suka berhias dan suka berlindung.
sifat lelaki pula dominan terhadap pasangannya, ingin terkenal, sedikit memaksa dan sikap melindungi.

9 Ciri-ciri wanita jatuh cinta kepada kita- 




1-Meletakkan jari diantara gigi sambil memandang anda. Jari yang saya maksudkan disini ialah semua jari (kecuali jari tengah) dan jari kaki. Jari tengah tidak termasuk kerana membawa maksud fuck lain.



2-Sering mengelip mata daripada biasanya ketika bercakap dengan anda. Tapi harus pastikan dulu itu bukan kerana mata dia jenis yang berkelip.


3-Bermain-main dengan rambut ketika dia sedang menatap anda. Tapi bagaimana dengan yang berhijab? itu menjadi pertanyaan saya.


4-Menatap mata anda dengan pandangan yang dalam dan biji matanya sedikit membesar. Susah untuk melihat fenomena ini jika wanita itu mengidap katarak .


5-Ikut ketawa bersama anda, yang mungkin pada anda perkara tersebut tidak terlalu melucukan. Cuba ketawa sesuatu hal yang bukan dari kategori lucu kemudian perhatikan reaksi dia.


6-Menyentuh pipi atau mengosok dagu dengan lembut sambil termenung.Mungkin dia sedang memikirkan bahawa dia merasa secocok dengan anda dalam beberapa hal.


7-Mengangkat alis mata kemudian menurunkannya sambil tersenyum. Kemungkinan hal ini dia tertarik dengan anda.


8-Dia akan berusaha mengikuti cara anda bercakap, cepat atau lambat anda bercakap mahupun tinggi rendahnya suara anda.


9-Menyentuh tangan, bahu, lengan atau peha ketika bercakap dengan anda.




Dari 9 ciri diatas mungkin ada yang anda pernah alami.Jika masih belum cukup ciri-ciri wanita jatuh cinta yang saya tulis diatas. Anda ingin berkongsi, sila ke ruangan komen agar ciri-ciri ini dapat kita kemas dan lengkap lagi.

Thursday, 29 December 2011

7 perkara yang membuatkan lelaki jatuh hati pada wanita

Love by virus2002Eng



Lumrah kehidupan sebagai manusia untuk hidup berpasang-pasangan dan tentu ada perkara yang membuatkan seseorang jatuh hati. Saya telah menemuramah 7 orang lelaki berkaitan dengan tajuk entri kali ini. Jom kita lihat apa kata mereka-




1-Faz, Penjawat Awam
Jawapan- Gigi
Pertama yang saya lihat pada wanita ialah gigi. Saya suka melihat wanita gigi yang rata sebab senyum dia manis je membuatkan saya terpikat tambahan yang memakai braces, dulu orang kata pakai braces macam robot, kini pakai braces tuh nampak style selain meratakan gigi.

2-Azizi, Lecturer
Jawapan- Akhlak
Akhlak muslimah adalah simbol kebanggaan setiap wanita, jika akhlaknya baik maknanya semua akan baik dari segi pergaulan dan penjagaan diri..insyaAllah



3-Brian Law, Student SIFE UUM
Jawapan- Eyes
For me right, The first thing i see in a girl is her eyes. Not boobs, ass or face. Her sincere eyes melts my heart.




 4-Adib, Failure Ananlyst
Jawapan- Perwatakan & Sikap
Sikap yang ceria, sweet, senang buat berborak dan happy go lucky  boleh membuatkan saya jatuh hati. Saya tidak suka perempuan moody tak tentu pasal.



5-Badlyshah, Graphic Designer
Jawapan- Pandai memasak
Zaman sekarang susah nak mencari wanita yang pandai memasak. Saya tertarik dengan wanita yang pandai memasak, mungkin kerana saya gemar makan. Wanita akan nampak seksi jika masakan dia sedap.
6,Erman, CEO 
Jawapan- Pandai Berfesyen
Saya jatuh hati dengan wanita pandai berfesyen tapi yang tidak keterlaluan. Contoh, bini pandai berfesyen..Lelaki mungkin akan tengok gadis lain berfesyen. Jika bini pun boleh fesyen camtu so lelaki lebih terpikat pada bini. Wanita yang berfesyen ni sebab mereka ada vision dan tau how to take care of others attention.

7,Fazril, Eksekutif
Jawapan- Tidak Cerewet
girl yang menjadi pilihan saya adalah jenis yang tidak cerewet sebab jenis ini suka/berani untuk mencuba benda baru dan know how to have fun.






Setiap lelaki berlainan citarasa sama juga dengan wanita, mungkin ada jawapan diatas sama dengan jawapan anda. InsyaAllah lepas ini saya akan buat sesi temuramah wanita pula. 



Wanita-Persiapan Diri Untuk Komited Dalam Percintaan


there is love by fogke





Pada masa kini bukan hanya lelaki yang sukar untuk berkomitmen, Golongan wanita juga masih banyak tidak mahu ada komitmen. Terdapat pelbagai alasan disebalik tidak serius seorang wanita diantaranya masih mengejar kerjaya, tidak yakin dengan kekasih atau trauma masa lalu.

Perlu diingat tidak selamanya wanita boleh mengelak berkomitmen.Jika pada waktu ini dalam umur yang matang dan sudah mempunyai teman lelaki. Berusahalah untuk menjalinkan hubungan yang komited dengan teman lelaki anda. Ikuti tips ini agar anda bersedia dan yakin untuk berkomitmen.


Tetapkan Hati
Sebelum anda berbincang untuk berkomitmen, tetapkanlah hati.Yakinlah dengan diri anda, yang si dia bersama dengan anda pada waktu ini merupakan lelaki terbaik buat anda.


Berbincang dengan teman lelaki
Cari jalan bagaimana untuk mengetahui perasaan pasangan. Pastikan dia juga mahu menjalinkan hubungan ke arah yang lebih serius. Jika si dia sudah bersedia untuk ada komitmen, Maka anda akan lebih yakin dengan keputusan anda.


Cari Punca Anda Mengelak Komitmen
Mengelak komitmen biasanya takut akan kehilangan kebebasan dan takut tidak dapat mempertahankan hubungan. Semua ketakutkan yang anda alami, segeralah berbincang bersama si dia dengan pemikiran yang rasional.


Buang Kenangan Pahit
Semua orang pernah terluka dan kita semua takut benda yang sama akan berulang. Namun, jangan jadikan kenangan pahit masa lalu menjadi penghalang kebahagiaan anda di masa hadapan. Ingat , anda tidak boleh mengubah kenangan lalu tapi anda boleh berusaha membuat perubahan positif pada masa hadapan.


Jangan Cepat Tergoda
Apabila anda sudah memutuskan untuk serius dalam perhubungan , jangan cepat tergoda dengan lelaki-lelaki lain di luar sana. Sebaik-baiknya jika anda mempunyai akaun laman online dating, padamkan semuanya dan nama-nama lelaki yang sering berhubung dengan anda.


Setia
Mungkin selama ini anda ada berhubung dengan lelaki lain di belakang teman lelaki. Jika anda sudah membuat keputusan untuk berkomitmen, pada waktu itu tanamkan sikap setia.

Monday, 26 December 2011

Kuasa Blog Komen

Feel and think by miaboas


Hari ini dah seminggu blog ini berada di arena blogging malaysia, hakikatnya bukan mudah nak jadi seorang blogger yang aktif. Perlukan fokus yang berterusan dan tidak mudah putus asa. Terima kasih kerana ada yang sudi menjadi follower blog ini. Kalau ada rezeki boleh tukar domain sendiri tahun hadapan. InsyaAllah


Saya tertarik dengan satu artikel bertajuk "Bagaimana Anda Meninggalkan Blog Komen" di blog multees.com. Bila saya baca artikel tersebut memang tidak dinafikan terdapat pelbagai kategori komen. Dari gaya bahasa dan susunan kata, kita dapat menilai karaktor pembaca. Dalam usaha untuk mencari traffik, pelbagai tips dan panduan yang kita belajar dari blogger yang sudah berjaya seperti:-


*SEO
*Media Sosial
*Blog Komen
*Pengiklanan
*Menjemput Tetamu untuk menulis di blog


Setiap tindakan diatas adalah cara yang berhemah untuk menjana traffik ke blog anda. Tapi Awas jangan kita jadi Blogger Traffik Hunter yang dikelaskan sebagai blogger gila traffik . Pada saya cara itu tidak ada moral dan etika walaupun tidak salah menggunakannya. Adab berblogging harus diutamakan. Jom kita ke tajuk asal entri ini.




Kuasa Blog Komen
Mengulas di blog adalah satu kaedah yang digunakan untuk menarik pembaca dan membuktikan anda mempunyai nilai seni mengkritik. Pada asasnya ini adalah satu teknik yang pada saya dapat membantu mempromosikan diri tanpa spamming dan menganggu orang lain.


Seni Mengkritik-Menulis Komen Yang Berkualiti
Adakah anda mempunyai seni mengkritik? Komen jenis ini mempunyai unsur seni dan penghayatan yang detail terhadap sesuatu artikel. Bahasa yang digunakan bukan sahaja mengucap "hello" atau "terima kasih" tetapi memberi maklumbalas yang positif atau negatif terhadap artikel yang kita siarkan. Berikan komen unik dan berbeza dari situ anda dapat menarik perhatian pembaca dan penulis blog. Komen seperti "Nice artikel", "Kerja yang baik" dan dsb tidak membawa anda kemana-mana kerana komen ini sudah biasa. Apa yang saya maksudkan komen unik dan berbeza ini, cuba anda buat pembaca dan penulis blog berfikir dengan komen anda.


Mencari Pembaca Blog- Apa Niche Blog Anda?
Cuba anda search google blog yang sama dengan niche blog anda kerana pembaca pontensi anda adalah blog-blog yang sama bidang dengan anda. Sebagai contoh, tidak ada sebab kenapa anda ke blog "sukan" jika anda mencari pembaca yang berminat pada "masakan". Walaupun bukan mustahil untuk mendapat pembaca(jumlah pembaca tidak banyak).


Kuasa Blog Komen- Jangan Meletakkan Nama Blog Anda sebagai Nama Anda
Perkara ini memang saya tidak nafikan sebelum ini pernah saya gunakan.Setelah membaca tips dari  blogger luar negara yang telah berjaya, mereka tidak berselindung di sebalik nama blog. Kalau kita lihat banyak nama pengomen seperti ini digunakan oleh mereka yang membuat promosi affiliate di blog-blog. Apabila anda menggunakan nama blog anda dan bukan nama anda , nampak seperti terlalu peribadi, kredibiliti anda akan kurang. Nama samaran juga sesuai digunakan.


Ini hanya sekadar perkongsian saya mengenai kuasa blog komen. Apa komen anda?


Related Post:-
Hakikat Seorang Blogger Baru
Adab Blogging
Imej-Mesra Pembaca
Bounce Rate

Friday, 23 December 2011

Bounce Rate

by hart-worx


kesibukan beberapa hari yang lepas sukar untuk saya membaca artikel-artikel di blog. Hari ni memang free,dapat juga saya singgah di beberapa blog baru dan lama untuk membaca artikel yang menarik ..terjumpa satu topik di blog Denaihati yang saya rasa menarik dan sangat penting. Walaupun topik ni dah lama, mungkin ada yang masih belum tahu atau tak ambil berat pasal benda ni. Saya kongsi di sini, mari kita kenali apa itu bounce rate?

Apa itu Bounce Rate?
Bounce rate is the percentage of single-page visits or visits in which the person left your site from the entrance (landing) page. Use this metric to measure visit quality – a high bounce rate generally indicates that site entrance pages aren’t relevant to your visitors. The more compelling your landing pages, the more visitors will stay on your site and convert. You can minimize bounce rates by tailoring landing pages to each keyword and ad that you run. Landing pages should provide the information and services that were promised in the ad copy.sumber dari google  

Bounce rate adalah matriks yang sangat penting untuk pemilik laman web atau blog. Pada asasnya bounce rate dapat memberitahu anda berapakah peratusan pelawat yang masuk ke blog (hanya sekadar melawat satu halaman atau meneroka ke laman yang lain).


Kalau mengikut kata Avinash Kaushik pakar google analyticssebenarnya agak sukar untuk mendapat bounce rate bawah 20%. Jika blog anda mendapat bounce rate pada kadar 30% itu yang terbaik dan paling membimbangkan jika bounce rate anda melebihi 50% bermakna blog anda mempunyai masalah. Di blog penulis blog dot com kadar peratusan bounce rate masih lagi bawah 50% selepas seminggu. Ada beberapa sebab juga kenapa bounce rate boleh berlaku;-


*Pelawat menekan "back" pada browser
*Pelawat menutup browser mereka
*Pelawat menekan salah satu iklan anda
*Pelawat menekan salah satu pautan luaran anda
*Pelawat menggunakan kotak carian pada browser
*Pelawat menaip URL baru pada browser mereka


Semua tindakan diatas, pelawat meninggalkan blog anda menyebabkan bounce rate. Dengan syarat pelawat melakukan apa-apa sahaja tindakan sejurus tiba dilaman blog anda tanpa meneroka artikel yang lain dikira bounce rate.


"Bounce rate= pelawat meninggalkan blog selepas satu halaman/kunjungan pelawat"


Jelas sekali semakin rendah bounce rate anda adalah lebih baik kerana pelawat yang datang pasti akan meneroka lebih jauh di laman blog anda. Bagaimana nak tahu bounce rate di blog anda? Anda boleh ke Google Analytics.






Related post
Imej-Mesra Pembaca
Adab Blogging

Imej-Mesra Pembaca

joy of reading by estelar


Memaparkan gambar dan imej yang menarik pada post artikel kita memberi kelebihan untuk pembaca meneroka lebih jauh atau mudah untuk mereka ingati. Ini kaedah yang saya pelajari dan pratikkan.Ada pepatah dalam bahasa english yang pernah kita dengar:-
                        "A picture is worth a thousand word"

Mengapa perlu menggunakan gambar dalam post
Peranan gambar dan imej dapat membantu sebuah artikel itu menjadi lebih menarik, tapi apa yang lebih penting ia dapat memberi maksud kandungan artikel yang lebih berkesan kepada pembaca kita. Kadang kala pembaca sukar untuk mendapat gambaran berkaitan artikel jika hanya dengan berpandukan pada teks sahaja. Imej yang berkaitan dengan post berkesan menyampaikan maksud kandungan artikel.

Membaca terlalu lama di skrin tidaklah begitu selesa, Mata kita akan mudah keletihan.. Beberapa keping gambar menarik diselitkan dapat merehatkan mata pembaca dan artikel anda lebih mesra pembaca. Saya pasti terdapat banyak lagi sebab penggunaan gambar dan imej. Apa yang saya kongsikan ini adalah salah satu sebab mengapa perlunya Imej dan gambar.


Tempat Yang Terbaik Untuk Meletakkan Gambar
Tempat yang terbaik untuk meletakkan imej adalah di permulaan artikel selepas tajuk Kerana kita mahu menarik perhatian pembaca pada pandangan pertama. Terserah kepada penulis sendiri untuk memaparkan lebih dari sekeping imej asalkan ia diletakkan berselang seli dengan point-point didalam artikel tetapi jangan menggunakan banyak gambar untuk artikel yang pendek. Tambahan Imej seharusnya menjadi mudah untuk pembaca memahami artikel bukannya sukar. Jumlah bilangan imej ditentukan oleh anda sendiri bergantung kepada reka bentuk blog, panjang blog, kandungan artikel anda dan dsb.




Tuesday, 20 December 2011

Adab Blogging



Sebagai seorang rakyat malaysia, kita dikenali kaya dengan adab sopan dan santun. Adab bukanlah hanya penting dalam kehidupan seharian malah semasa berblogging juga. Kaedah ini yang saya pelajari dan saya gembira jika dapat berkongsi dengan anda.


Membuat pautan atau kredit
Jika anda mengambil kandungan artikel dari seseorang untuk dimasukkan ke dalam blog anda, jangan lupa untuk membuat pautan atau meletakkan nama. Ini adalah sebagai tanda anda menghargai artikel penulis dan bukan niat anda untuk mencuri. 




Membalas Komen
Bertindak balas komen yang diberikan pembaca di blog anda. Saya menggemari seorang blogger memberi respon terhadap komen yang saya berikan. Saya dapat lihat, ada segelintir blogger langsung tidak mengendahkan komen-komen dari blogger baru. Apapun itu adalah hak anda. 









Memberi komen
Memberi komen berbentuk pengiklan atau spam untuk mencari backlinks adalah perbuatan yang tak beradab. Beri komen berkaitan tajuk artikel secara jujur itu lebih baik kerana komen yang diberikan menunjukkan karaktor diri anda.




Merendah Diri
Kita diajar dalam agama sentiasa merendah diri dan jangan takbur atau sombong. Walaupun blog kita sudah popular atau ramai followers adab ini jangan kita lupa. Saya amat menghormati blogger yang bersikap rendah diri.


Ada tips yang saya tertinggal berkaitan dengan tajuk diatas?
boleh kongsikan dengan saya.
Adab Blogging-Apa Komen anda?


Related Post:-
hakikat seorang blogger baru
Blogging- Kemahuan atau Keperluan



Sunday, 18 December 2011

Hakikat Seorang Blogger Baru


Arus pembangunan negara semakin membangun seiring dengan perkembangan teknologi bagi mencapai matlamat negara menjadikan rakyatnya celik IT. Kini blogger di Malaysia tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Satu perkembangan postitif yang dapat kita lihat disini.

saya seorang blogger baru,
photo by mart adinata

Mencari Identiti-
Melihat dari kejayaan demi kajayaan yang dihasilkan oleh pro blogger sudah pasti diri ini hendak mengecapi kejayaan yang sama. Tapi bagaimana? Ada ke pro blogger sudi berkongsi rahsia kejayaan dengan percuma ? Apakah identiti yang perlu ada untuk berjaya dalam dunia blogging? atau perlukah kita meniru identiti pro blogger yang sudah berjaya? Ini mungkin diantara soalan yang bermain di kotak fikiran kita. Tanpa plan tindakan dan kategori niche blog yang sesuai dengan diri, akhirnya blog yang siap dibina  dibiarkan bersarang.  Itu hakikat seorang blogger baru jika masih belum menjumpai identiti diri dalam penulisan.

kemahiran menulis & bakat-
Adakah seorang penulis yang baik memerlukan bakat sahaja atau hanya kemahiran menulis?  dapatkah seorang penulis menghasilkan penulisan yang baik jika tiada bakat atau tiada kemahiran menulis?sebenarnya kedua-duanya saling berkaitan, jika kurang salah satu. Artikel yang dihasilkan akan nampak banyak kelemahannya. Yang pasti bakat seseorang penulis boleh diasah dan kemahiran menulis boleh dilatih jika ada usaha dan kemahuan. Hakikatnya masih ada ruang untuk blogger baru menapak lama di arena blogging jika mempunyai minat yang mendalam dan tidak mudah putus asa.

Hakikat sebenarnya-
Wujudnya blogger baru mewarnai lagi dunia blogging, ada yang  minat kepada penulisan,ada hanya suka-suka, ada yang mahu tambah pendapatan ,untuk perniagaan dan dsb. Membina sebuah blog tidaklah sesusah mana cuma memerlukan sedikit kreativiti supaya blog itu kelihatan menarik.  Tidak cukup dengan itu, penulisan yang baik  adalah kunci  utama kejayaan sebuah blog. hakikatnya tidak mudah yang dibayangkan oleh seorang blogger baru untuk berjaya dengan sekelip mata  jika tiada usaha dan fokus berterusan.

Apa komen anda?